Pengambilan Perajurit Muda TUDM

Peluang keemasan bagi belia negara untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Pengambilan anggota lelaki untuk mengikuti Latihan Asas Ketenteraan Perajurit Muda TUDM Siri 52/15 dibuka sekarang.
Kelayakan Akademik:
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan ke atas dalam bidang ketukangan berikut dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus Matematik, Bahasa Inggeris serta salah satu daripada mata pelajaran Sains di peringkat SPM:
  • Teknologi Mekanikal @ Elektrik
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Hospitaliti
  • Sains Komputer
atau
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu mata pelajaran Sains dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Kelayakan Lain:
  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh 1 Januari 2015.
  • Pengelihatan yang baik dan tidak buta/rabun warna.
  • Diperakui sihat dan tidak menghidap penyakit asma/lelah atau penyakit kronik yang lain.
  • Tidak cacat anggota badan dan tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang dalam tempoh 2 tahun ke belakang.


Syarat Fizikal:
  • Tinggi – 1.62m
  • Berat – 47.5 kg
  • Body Mass Index (BMI) – 18-25 [Beart(KG) / Tinggi x Tinggi (m)]
  • Ukuran Dada – 76 cm
* Ahli sukan peringkat negeri dan negara (SUKMA, MSSM, MSN) akan diberi keutamaan. (Sijil Penyertaan diperlukan)
Calon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dialu-alukan untuk memohon menjadi warga LLP TUDM secara online di laman web www.jobsmalaysia.gov.my. 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Ogos 2014.
* Calon yang tidak memenuhi kelayakan di atas adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.

0 Response to "Pengambilan Perajurit Muda TUDM"

Post a Comment