Kanak-kanak empat tahun ditemui mati dalam kereta bapa


PADANG TERAP: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati selepas ditinggalkan lebih lapan jam dalam kereta milik bapanya, sejak pagi tadi.
Mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kira-kira jam 4 petang tadi oleh bapanya, 42, yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuala Nerang, di sini.
Difahamkan, mangsa ditinggalkan di dalam kereta terbabit sejak jam 7.30 pagi selepas menghantar isterinya di sebuah sekolah menengah berhampiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya mengesahkan kejadian itu.

0 Response to "Kanak-kanak empat tahun ditemui mati dalam kereta bapa"

Post a Comment