Jaga kena 10 tahun penjara rogol gadis bawah umur


KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini sebentar tadi, selepas mengaku bersalah merogol seorang gadis bawah umur sehingga melahirkan bayi perempuan, Jun lalu.
Tertuduh, Azizan Bakri, 21, dituduh merogol gadis berumur 15 tahun itu di bilik rehat sebuah kedai cuci kereta di Taman Bukit Setia, Sepanggar, dekat sini, kira-kira jam 2.30 petang, 10 September tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 19 Mei lalu.

0 Response to "Jaga kena 10 tahun penjara rogol gadis bawah umur"

Post a Comment