Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Sah Bergelar Suami Isteri





Foto: BH Online

PASANGAN romantis yang juga pelakon, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas solat jumaat tadi pada pukul 3.50 petang.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Hanis sendiri, Zainal Rashid Mohd Zain di kediaman keluarganya sambil disaksikan oleh Iman Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali.

Hanis menerima mas kahwin bernilai RM300 serta wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990.


Foto: BH Online


Foto: BH Online

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir,” kata Hanis kepada Berita Harian.

Majlis resepsi mereka akan berlansung pada 14 Jun ini di Hotel Majestic. Turut hadir ialah Sariyanti, Yasmin Hani, Diana Danielle, Datin Nina Juren, Dafi dan Hafizul Kamal.

0 Response to "Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Sah Bergelar Suami Isteri"

Post a Comment